nak cari apa?

Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Wednesday, July 24

semoga roh kalian dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman

saya dapat sumber ni dr mymetro... 
Segamat: “Sejak beberapa bulan lalu arwah menyerahkan wang kepada mak cik untuk dikumpul supaya boleh digunakan membeli keperluan Aidilfitri. Malangnya, dia meninggal dunia ketika bekerja dan kini, mak cik tidak tahu apa mahu dilakukan dengan wang ini,” kata Munah Long, 76, nenek kepada seorang daripada mangsa runtuhan dinding di Tenang, Labis, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.50 tengah hari itu, cucunya Engku Mohamad Syahir Engku Abd Malek, 19, meninggal dunia bersama sahabatnya, Mohamad Syazwan Saruddin, 18, akibat parah di kepala dan badan selepas dinding konkrit di pusat cuci kereta tempat mereka bekerja runtuh lalu menghempap dua sahabat itu.

Difahamkan, ketika itu mereka cuba meletak alas kaki kereta di dinding dipercayai reput akibat kebakaran beberapa tahun lalu, sebelum konkrit itu jatuh dan menimpa mereka.
Munah ketika ditemui di rumahnya di FELDA Kemelah mengakui sedih dengan dengan pemergian cucu kesayangannya itu.

“Lebih menyedihkan, arwah memberikan wang kepada saya sejak beberapa bulan lalu supaya dapat menggunakan wang itu untuk membeli pakaian baru pada Aidilfitri ini.

“Malah, arwah berniat membeli pakaian itu bersama sahabatnya (Mohamad Syazwan) selepas pulang kerja semalam (kelmarin), namun hasrat itu tidak kesampaian,” katanya.
Menurutnya, arwah kehilangan kedua-dua ibu bapanya beberapa tahun lalu dan sejak itu tinggal bersamanya.

Katanya, arwah bercadang ke Batu Pahat untuk membeli baju raya dan tidak sedap hati ke tempat kerja.
“Arwah ada mengadu sakit belakang, tetapi tetap pergi bekerja kerana sudah berjanji dengan Mohamad Syazwan.

“Kali terakhir saya melihat arwah, dia kelihatan sedih sebelum menunggang motosikal meninggalkan rumah kami.

“Saya reda dengan kejadian itu dan kini hanya wang arwah yang masih dalam simpanan sebagai kenangan,” katanya.

Sementara itu, bapa Mohamad Syazwan, Saruddin Aris, 45, berkata sebelum arwah pergi kerja, dia memaklumkan mahu berbuka nasi ayam.

“Saya beri sejumlah wang untuk berbuka puasa, namun terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Arwah memang bersahabat baik dengan arwah Engku Mohamad Syahir sejak kecil kerana kebetulan kami berjiran, namun tidak menyangka mereka meninggal dunia bersama,” katanya.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Menurutnya, Mohamad Syazwan meninggal dunia pada jam 1.21 tengah hari, manakala Engku Mohamad Syahir pada jam 4 petang selepas dirawat di wad kecemasan Hospital Daerah Segamat.

Kedua-dua jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Kemelah selepas solat Tarawih.

nama arwah sebenarnya ialah ungku, bukan engku. 

Sunday, July 21

perginya sahabat...

petang semalam tu, mak cerita ada orang kemelah meninggal dihempap konkrit..hari jumaat, dalam bulan ramadhan... innalillahi wainna ilaihi rajiun... time tu rasa macam.. terkejut..tapi tak sangatlah. yelah.. mak cerita tu masa tu macam samar2.. tak tau la siapa. so tak terkejut lah..

tapi petang tadi, mak call Cik Ai .. salah seorang pekerja, di sk kemelah..tujuannya nak bertanya lebih lanjut mengenai hamba Allah yang telah menemui ilahi. dan aku cuba memasang telinga.. tetiba terasa macam terkejut sangat.. sebab mak sebut nama rakanku yang sangat aku kenali.. jantung aku dah berdebar.. ya Allah.. betulke ni..sabar menunggu sehingga mak habis perbualan telefon..

terus aku tanya,,, siapa tu mak? mak cakap.. Ungku Shahir dengan Wawan .. yaAllah.. sesungguhnya daripadaMu aku hidup dan kepadaMu jualah aku kembali...(alfatihah kusedekahkan kepadanya semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..amin)

arwah ungku shahir dan arwah wawan ni sebaya dengan aku .. memang satu sekolah rendah sama2... keisannya .. ungku tu mmg aku kenal sangat2,,,

ingat lagi masa sekolah menengah..masing2 dah jauh.aku kat n9.. masa tu, form 4 kot... kawan skolah aku, tolli (bukan nama sebenar)kata ada budak kirim salam kat aku..diorang jumpa time main hoki katanya.. bila aku tanya siapa, dia cakap ungku... "ohhhh,,, dia kat n9 ke? x sangka pulak.. " gembira lah... excited pun ada.. aku ni mmg jenis gelabah.. hihi..

itu kot kali trakhir kitorang berhubung ,,, .. terima kasih arwah sampaikan salam.. ingat jugak kat aku yang jauh.. huhu..

arwah ungku mmg baik orang nya..hidupnya dahulu sangat sedih.. ibu ayahnya pergi dahulu dijemput ilahi.. anak yatim tinggal bersama akak nya dan neneknya..baik.,, senyuman tu mmg x lekang dari bibir.. tp aku x la rapat mana.tp kalau dah sebaya , mmg kenallah.. bila dia pergi, mmg kita ni turut terasa lah..sedih sangat..

arwah wawan pulak aku x berapa rapat.. tapi dia pun baik jugak,,xde la nakal mana,

habis upsr, mmg masing2 dah jauh... aku pun jenis x keluar rumah., anak dara kan..mmg la x jalan naik motor keliling kampung. huhu.. mmg x tau la apa berita masing2 sekarang.. serious rindu kawan2 semua.. :"(

lepas ni siapa pulak giliran bertemu illahi? aku? yaAllah..cukup dah ke amalan ku? even kawan2 sebaya dah menemuiMu... beruntung sangat mereka..meninggal hari jumaat, dalam bulan ramadhan..

alfatihah buat arwah ungku shahir dan arwah wawan...