nak cari apa?

Wednesday, August 7

Last pose ni.. :'(

Assalamualaikum. :) sedihnya nak ckp yg harini last puasa. :( hibaaa dah ni. Takut pun ada. Huhihu.. Kenapa? sebab masatulah syaitan jin afrit segala mak nenek da merdeka! lagi bebape jam je lagi ni. Wuaaa. Ya Allah. Hanya iman yg kukuh dihati ini je yg dpt mmbantu buat aku bertahan. Bantulah aku menempuhinya dikemudian bulan2 yg mndatang. Hmmm. So, before tu... nak citer sikit la. Tau kan yg despicable me tu skang femes amous da. Bukan sebab apa. Aku rasa sebab diorang tu cute gilos! haha. Smpai aku pun trpengaruh dan mnjadi ketagih nak download app tu.. Dan bermain dngn senang hati. Masa memula, mmg x lah. Lembab slow hang segala lah. Sakit hati je! then aku fikir. Maybe RAM aku da sikit. So lambat. Tau x RAM tu kejadahan apa? hahaha. Amek ah IT. Malas nk terang. So dengan itu, segala jenis app yg wujud dan x berapa nak selalu bukak aku uninstall trus. Segala cache aku delete. Dan.. Hanya 2 3 ketul apps je yg wujud. Apa dia? hehe .. Whatsapp, instagram(haruslah you alls!) , masurat, mushaf alquran, unbkock me, dr drive, & last but not least,.. Despicable me!!! hoyeahh! sadis! Kahkah. Tp lpas tu puas! X sangkut2 da nak main game tu. Alahai cutenya nokss. Geram tau. Minionnnns semua tu comel belaka! Nk gak share gmba! hihuu. Then, lpas tu i and my adik456 and akak, kemas bilik. Seronok rupanya buat keje sesama. Jahit langsir sndri. Hehe. Dan lihat hasilnya yg melampau menakjubkan itu. X percaya?! tngok ah nnt gmba nya aku tunjuk. Maybe bg korang biasa2 je kita hias. Tp bagi kitorang, sangat puas hati! yeyeee. Ok la. Tu je.. Nnt tngok la gmba2 yg x berapa.best. Hehhe. Salam subuh! :) habiskan khatam ye anak.anaks sekalian .. Babai. Assalamualaikum. :D selamat hari raya! maaf zahir batin!

Saturday, August 3

Ramadhan hampir berlalu :"(

pejam celik pejam celik, tnggal less than a week lagi ramadhan buat kita untuk tahun ni.. sedihnya yaAllah.. sempat ke nak jumpa ramadhan depan?? yaAllah. Terimalah segala amalan hambaMu di dalam bulan ramadhan.. Huhu... Kawan2 rasa mcm mana? Rasa kjap sangat ke rasa lama sngat bulan ramadhan ni? hmmm. I think it depend on yourself isnt it? so .. Kat sini saya nak memohon berjuta juta keampunan kiranya banyak salah silap terkasr bahasa trambil brg trhutang tp x bayar. Mntak halalkan ye.. Kalau nk tntut,ckp la. Jngn sesegan. InsyaAllah. Saya x nak kalau kat akhirat ada yg nk tuntut.. Saya x nak. Biarlah kat dunia kita selesaikan semuanya ye. ;) salam aidilfitri buat semua. Jngn main mercun! bahaya! main bunga api xpe. :) saya suka!  saya suka! Okay. Xde apa pun. Saja nak wish. Harini mak plan nak kemas rumah.. So,xleh tdo lelama pagi ni. Nak raya kna smngat! hehe. Hah lagi satu. Nk mntak tolong kawan2 like gmba ni kat instagram iolls :) kat mana? nurhanimhakim tau:) please3.. jzkk.. Love u! lillahitaala.

Wassalam.

Baju aku saiz apa dah ye. Duit raya dpt bnyk ke x eh. Hmmm. Dilemma ni.

Friday, August 2

Salam jumaat :)

Alhamdulillah.. Dah siap medical chek up. Hehe. Tadi trjumpa fariza. :) kawan sekolah rendah. Dia dpt medic. Bagusssss kan ? ;) rezeki masing2. Allah taala sahaja yg tahu. Nak ceciter sikit. Td tnggal nak jmpa doktor je. X ray, ujian urine(air kencing) , berat,tinggi,chek mata semua tu da buat masa 29 julai. Okay citernya macam ni...
time doktor tu chek result urine aku, dia suruh buat lagi sekali. Cuak aku.. Knapa pulak ekk? berdebar2 rasanya. Macam nak menikah mcm tu la debarannya. Ehehe. Xla cenggitu. Over je iolls ni. :p
Doktor ckp urine aku kotor. Hmmm.. Buah pinggang aku problem ke wehhh. Huhu. Okay fine ambil lagi skali la urine test.  Dlm hati, tawakkal saja. Takut pun ada. Mintak jauh segala penyakit..  so, bila da dpat result yg kedua, bawa balik jumpa doktor, alhamdulillah.. Normal katanya. Maybe sekarang kan bulan ramadhan. So baru lpas sahur. Mnum air kosong pun seciput je. Ikan pun mati tnggal nyawa2 ikan .. Huhu. Ye.. Ini ingatan walau nampak kecil. Ini peringatan dr Allah taala agar kita ni menjaga kesihatan badan dengan sebaiknya. Mnum la air kosong banyak2. mentang2 bulan puasa. Semua air nak mnum.yg bergula,yg berais,yg berwarna. Semua baluunnnn. Thank you Allah. Bg pringatan kepada hmbamu yg daif. Huhu. Dan buat semua.jaga kesihatan anda!! better late than never. Jngn jd org x besyukur. Allah bg pnjaman ni, jaga bebaik. Especially yg merokok tu kan. Simpan2 la. Buat masa hadapan. Jangan dibakar duit tu. Peringatan untuk merokok, sila balut kepala anda dngan plastik.. Biar asap rokok anda seorang je dapat. Jngn libatkan org lain dpt pnyakit.!  marah ni!

okay la. Gtg. Assalamualaikum..selamat hari raya! =D maaf ye ibuk2 ,  bapak2..

Thursday, July 25

pagi tadi kannnn

pagi tadi kan, saya sebagai penganak memang selalu update waktu gaji si mak bapaknya .. jahat betul si penganak ni. materialiscm.. erkkkk. ada ke? 

so, dengan kesempatan yang diberikan ilahi, penganak menaip mesej cakap kat bapaknya mintak bayarkan yuran, mintak betulkan spec yang patah sebelah(selalu dah patah ..tskk :( ...)dan mintak segala menda yang berkaitan duit.. kahkahkah.. siap mintak bank in kan lagi ke akaun penganak ni.. jahat la aku.. 

hmmm.. rasa serba serbi salahnya itu bukan kepalang. tapi apakan daya.. takpa mak abah... saya dengan ini, insyaAllah.. berjanji ingin belajar rajin2, berjaya hingga mendapat PhD dan seterusnya membawa mak abah dan adik-adik yang lain ke mekaah, menunaikan umrah dan haji.. insyaAllah..itu azam anim! doakan ye! :) 


lepastu, anim berazam, nak buatkan swimming pool buat mak abah seorang sebijik ... kalau dah bercucu cicit best..boleh terjun ramai2! hahahahah.. mak abah,20 jari disusun .. anim minta maaf banyak sangat menyusahkan mak abah.. halalkan segalanya... redhakanlah anakmu ingin berjuang menggapai awan, bintang dan bulan! *chehhh* doakan kejayaaan anakmu ini.. tanpa restumu ibu ayah,siapalah daku ini insan yang kerdil. :( 

k bai.assalamualaikum.. 


dah azan isyak .moh le berterawikh! saya ber ABC .. 



nak pikir tajuk lagi susah!

saksikanlah.... 


BEWARE! AKSI MERBAHAYA !

18+


.................


SEBAIKNYA TONTON LEPAS BERBUKA YE ANAK-ANAK! 

alahai...xde menda pon,..korang je... blues la tu,, malas nak layan kbai...

typical people memang laju je kannnn -..-"


malam yang hening

sejak duduk rumah menjadi suri rumah sepenuh masa (babysitter je punggg), sambil menggemukkan badan yang sedia kurus ni,... aku punya jadual hidup memang da 360 degree terbalik dah! mana tak nya, malam kau jadi burung hantu, tidur waktu siang macam dugong terdampar di pulau x berpenghuni dengan amannya sampai ke 2 petang..begitu dahsyatnya anak dara ni.. siapa nak jadi laki kau oiii!

*perasan. 10 20 tahun lagi kotttt*

tapi best la,, yela,.. pagi2 nak buat apa, tak tau..basuh baju malas.biasanya ikut mood..kemas rumah lagi la malas.. channel tv pun x berapa mengghairahkan..baik tidur..rumah tepi kebun segerap, memang damai.. cuaca pagi yang sangat sejuk... x payah pakai aircond okay! kipas lipas pun bukak tahap 1 je.. mmg sejuk! terbangun pun bila si ecah ni merengek sebab pampers basah atau haus nak susu botol! (macam alarm clock aku jugak! ) kahkahkahkkahhh..

bukan nak citer apa pung.. actually, tadi berlaku peristiwa sedih.. spec aku patah sebelah! act, dia bengkok, aku nak btulkan..depan abah pulak tu, tetiba ....tetiba, ....tetiba....

patah!!!! I was like .. pandang abah, sambil terbuat muka termalu kucing.. abah cakap kau sengaja ni, nak ganti baru.. whatt theee??? anim x sengaja laaaaaaa!! wuaaaa :"( tskkk tskk. btw, kjap je.. lpas tu, lupa dah masalah tu.. esok abah pegi kedai..kesian abah.. so, malam ni, I put the lens on, tak tau nak bukak bila. bawak tdur skali nampaknya..

weh! segala dokumen bagai nak masuk degree nnt x berapa nak siap.. aku dah print je borang tu dengan dokumen(IC,SB,sijil,etc).. isi borang belum, medical chek up belum, buku akaun bank islam belum, ptptn belum, yuran belum,gambar pasport belum.. flight tiket dah! yeay! -,-'

hmmm.. dah lama x chek berat badan ni.. malu la nak chek up.. nnt nurse terkejut tengok berat badan mendadak.. alhamdulillah puasa ni membantu nak diet,, kehkehkehh,.,diet sangat!

sejak menjak, tengok kat group MAP, INTAKE 13/14... aku rasa orang yang post/komen (sesetengah okay!) macam x ber'otak' ..sori kasaq.. bukan apa.. naik menyampah..aku punya la niat nak join group(invited je pun) nak dpt pngtahuan sikit, alert me if i forget something.. tp, banyak pulak yg post menda mengarut.. pi la myspace! marah ke?? heheh..diaorang ni menanya like :   ada sama kos ke x... dapat kolej ehem ehem ke x, dapat kawan ke x, erkk.. dapat bla blaaa... ala, x yahla nak gelabah,,bukan menda pun,,. chill je la ohkay?! uolls get it? (aku ni yg paling gelabah, pandai cakap orang..pirahhh!)

dah la.. nak gi mngonjeng tempat lain.. selamat mengorok! selamat ramadhan! selamat beramal! selamat !

before 4 aug, kne settle byr yuran uolls! gila aku baru tau..kbai..mana nak cekau duit!??


Wednesday, July 24

semoga roh kalian dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman

saya dapat sumber ni dr mymetro... 
Segamat: “Sejak beberapa bulan lalu arwah menyerahkan wang kepada mak cik untuk dikumpul supaya boleh digunakan membeli keperluan Aidilfitri. Malangnya, dia meninggal dunia ketika bekerja dan kini, mak cik tidak tahu apa mahu dilakukan dengan wang ini,” kata Munah Long, 76, nenek kepada seorang daripada mangsa runtuhan dinding di Tenang, Labis, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.50 tengah hari itu, cucunya Engku Mohamad Syahir Engku Abd Malek, 19, meninggal dunia bersama sahabatnya, Mohamad Syazwan Saruddin, 18, akibat parah di kepala dan badan selepas dinding konkrit di pusat cuci kereta tempat mereka bekerja runtuh lalu menghempap dua sahabat itu.

Difahamkan, ketika itu mereka cuba meletak alas kaki kereta di dinding dipercayai reput akibat kebakaran beberapa tahun lalu, sebelum konkrit itu jatuh dan menimpa mereka.
Munah ketika ditemui di rumahnya di FELDA Kemelah mengakui sedih dengan dengan pemergian cucu kesayangannya itu.

“Lebih menyedihkan, arwah memberikan wang kepada saya sejak beberapa bulan lalu supaya dapat menggunakan wang itu untuk membeli pakaian baru pada Aidilfitri ini.

“Malah, arwah berniat membeli pakaian itu bersama sahabatnya (Mohamad Syazwan) selepas pulang kerja semalam (kelmarin), namun hasrat itu tidak kesampaian,” katanya.
Menurutnya, arwah kehilangan kedua-dua ibu bapanya beberapa tahun lalu dan sejak itu tinggal bersamanya.

Katanya, arwah bercadang ke Batu Pahat untuk membeli baju raya dan tidak sedap hati ke tempat kerja.
“Arwah ada mengadu sakit belakang, tetapi tetap pergi bekerja kerana sudah berjanji dengan Mohamad Syazwan.

“Kali terakhir saya melihat arwah, dia kelihatan sedih sebelum menunggang motosikal meninggalkan rumah kami.

“Saya reda dengan kejadian itu dan kini hanya wang arwah yang masih dalam simpanan sebagai kenangan,” katanya.

Sementara itu, bapa Mohamad Syazwan, Saruddin Aris, 45, berkata sebelum arwah pergi kerja, dia memaklumkan mahu berbuka nasi ayam.

“Saya beri sejumlah wang untuk berbuka puasa, namun terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Arwah memang bersahabat baik dengan arwah Engku Mohamad Syahir sejak kecil kerana kebetulan kami berjiran, namun tidak menyangka mereka meninggal dunia bersama,” katanya.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Menurutnya, Mohamad Syazwan meninggal dunia pada jam 1.21 tengah hari, manakala Engku Mohamad Syahir pada jam 4 petang selepas dirawat di wad kecemasan Hospital Daerah Segamat.

Kedua-dua jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Kemelah selepas solat Tarawih.

nama arwah sebenarnya ialah ungku, bukan engku. 

Sunday, July 21

perginya sahabat...

petang semalam tu, mak cerita ada orang kemelah meninggal dihempap konkrit..hari jumaat, dalam bulan ramadhan... innalillahi wainna ilaihi rajiun... time tu rasa macam.. terkejut..tapi tak sangatlah. yelah.. mak cerita tu masa tu macam samar2.. tak tau la siapa. so tak terkejut lah..

tapi petang tadi, mak call Cik Ai .. salah seorang pekerja, di sk kemelah..tujuannya nak bertanya lebih lanjut mengenai hamba Allah yang telah menemui ilahi. dan aku cuba memasang telinga.. tetiba terasa macam terkejut sangat.. sebab mak sebut nama rakanku yang sangat aku kenali.. jantung aku dah berdebar.. ya Allah.. betulke ni..sabar menunggu sehingga mak habis perbualan telefon..

terus aku tanya,,, siapa tu mak? mak cakap.. Ungku Shahir dengan Wawan .. yaAllah.. sesungguhnya daripadaMu aku hidup dan kepadaMu jualah aku kembali...(alfatihah kusedekahkan kepadanya semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..amin)

arwah ungku shahir dan arwah wawan ni sebaya dengan aku .. memang satu sekolah rendah sama2... keisannya .. ungku tu mmg aku kenal sangat2,,,

ingat lagi masa sekolah menengah..masing2 dah jauh.aku kat n9.. masa tu, form 4 kot... kawan skolah aku, tolli (bukan nama sebenar)kata ada budak kirim salam kat aku..diorang jumpa time main hoki katanya.. bila aku tanya siapa, dia cakap ungku... "ohhhh,,, dia kat n9 ke? x sangka pulak.. " gembira lah... excited pun ada.. aku ni mmg jenis gelabah.. hihi..

itu kot kali trakhir kitorang berhubung ,,, .. terima kasih arwah sampaikan salam.. ingat jugak kat aku yang jauh.. huhu..

arwah ungku mmg baik orang nya..hidupnya dahulu sangat sedih.. ibu ayahnya pergi dahulu dijemput ilahi.. anak yatim tinggal bersama akak nya dan neneknya..baik.,, senyuman tu mmg x lekang dari bibir.. tp aku x la rapat mana.tp kalau dah sebaya , mmg kenallah.. bila dia pergi, mmg kita ni turut terasa lah..sedih sangat..

arwah wawan pulak aku x berapa rapat.. tapi dia pun baik jugak,,xde la nakal mana,

habis upsr, mmg masing2 dah jauh... aku pun jenis x keluar rumah., anak dara kan..mmg la x jalan naik motor keliling kampung. huhu.. mmg x tau la apa berita masing2 sekarang.. serious rindu kawan2 semua.. :"(

lepas ni siapa pulak giliran bertemu illahi? aku? yaAllah..cukup dah ke amalan ku? even kawan2 sebaya dah menemuiMu... beruntung sangat mereka..meninggal hari jumaat, dalam bulan ramadhan..

alfatihah buat arwah ungku shahir dan arwah wawan...